Isnin, 29 Disember 2014

~ JAUHI KOLESTEROL JAHAT!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni ada customer beli Phytocol-ST.. Jarang ada customer tanya.. Almaklumlah, Phytocol ni produk baru.. Testimoni pun tak banyak lagi.. hihihi..

Phytocol-ST ni bagus untuk orang yang ada masalah kolestrol.. Tapi yang takde masalah kolesterol lagi pun bagus ambil.. Supaya awal-awal lagi dah block kolesterol dari masuk dalam badan..



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 23 Disember 2014

~ 7 SEBAB SAYA SUKA SET BERPANTANG SHAKLEE!! ~

Assalam dan Selamat Sejahtera..

Hari ni saya nak share testimoni tentang Set Berpantang yang saya gunakan semasa berpantang anak ketiga, Alisha.. Semasa berpantang anak pertama dan kedua saya tak kenal Shaklee lagi... Rugiiiii sangat tau.. hihihi..

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

1. Badan rasa sihat dan bertenaga.  Hari ke-5 dah drive kereta (terpaksa sebab ambil anak sekolah. Takde sape boleh ambil). Yang penting kena pandai2 lah nak control pergerakan kan. Jangan redah je.. hihihi

2. Luka cepat baik. Alhamdulillah walaupun takde ambil gamat ke, pati haruan ke, tapi luka cepat baik.. Dah la hari2 turun naik kereta untuk hantar dan jemput anak sekolah dan Kafa.. kalau tak jaga elok2, pasti lambat sembuh dan silap2 jahitan boleh terbuka!!


3. Berat badan bb naik dengan baik.. Lahir 2.61kg, masa check up 37 hari berat dah 3.75kg walaupun bb taklah kuat sangat menyusu.. Kalau abangnya dulu, lahir 2.95kg, check sebulan dah 4.6kg.. Naik 1.65kg dalam masa sebulan.. tapi maknya yang pengsan, tak boleh nak bergerak.. asyik nak menyusu jer... hihihi

4. Muka memang tak pucat.. Macam biasa je.. Orang tengok pun macam bukan ibu berpantang.. Tu yang best tu.. hihihi

5. Tak sembelit langsung. Oh, yang ni yang paling sukaaaaa sekali. Cukuplah alaminya masa berpantang anak pertama dan kedua dulu. Cukup menyiksakan sampai terpaksa beli ubat kat farmasi. Tapi kali ni, sesi pembuangan berjalan dengan lancar sekali..

6. Anak tak kuning. Bersyukur sangat anak kali ni tak kena kuning.. Sama juga seperti abangnya yang kedua (saya berdarah O+).  Faktor utama sebab anak cukup antibodi dari SUSU IBU.. Alhamdulillah susu banyak.. Selain cukup untuk direct feeding, boleh buat stock juga..

7. Alhamdulillah.. Rambut pun tak gugur.. Biasa lepas bersalin kan rambut gugur kan.. Bukan sebab baby menyembur tau.. Tapi sebab kekurangan Zinc dalam badan sebab Zinc banyak digunakan semasa berpantang.. Tapi oleh kerana semasa berpantang ni amalkan makan Zinc Complex, so takdelah masalah kekurangan Zinc yang menyebabkan rambut gugur..

*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

Untuk info vitamin yang saya amalkan semasa berpantang boleh klik link di bawah ini..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 22 Disember 2014

~ POWER TURUN DARI 250 KE 50!! TAK PERLU PAKAI CERMIN MATA !! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Salah satu vitamin yang saya baru je mula makan adalah Carotomax.. Ini gara-gara Testimoni best pengguna Carotomax la ni.. Isshh.. Memang jeles tau..

Sebelum ni tak makan sebab rasa macam tak perlu sangat.. Dan malas nak telan banyak2 kan.. Tapi bila tengok testimoni memang teruja la.. So saya pun mula ambil Carotomax.. Nak konsisten.. Saya buat cabaran sendiri 3 bulan.. lepas 3 bulan nanti kita tengok hasilnya.. hihihi..

Sebelum ni pernah berangan-angan nak buat lasik.. So memang nak kumpul duitla.. Yang jadi tak urgent nak buat sebab power tak tinggi sangat.. So membazir je kan.. So saya nak cuba dulu dengan Carotomax ni.. Dapat turun pun dah bersyukur.. Apatah lagi kalau sampai tak perlu pakai cermin mata lagi.. Alangkah bahagianya.. Doakan saya berjaya yer.. 




*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

Boleh baca info lain tentang Carotomax di SINI


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Ahad, 21 Disember 2014

~ AMBIL KALSIUM ELAK OSTEOPOROSIS !! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Ostematrix Shaklee ni sebenarnya Kalsium.. Tapi bezanya ia dilengkapi dengan Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Copper dan Zinc..

1 Tablet Ostematrix bersamaan dengan 250mg Kalsium.. Jadi 4 tablet dah 1000mg Kalsium, lengkap untuk pengambilan seharian kita..

Kalsium penting tau.. Lebih-lebih lagi untuk wanita.. Kita banyak perlukan Kalsium ketika Hamil, Berpantang, Menyusukan baby.. Mungkin hari ni kita tak rasa lagi pentingnya Kalsium ni untuk kita.. Esok2 dah tua mula la sakit pinggang la, kaki la, gigi mudah rosak, yang paling teruk kalau Osteoporosis..




Boleh baca khasiat lain Kalsium di sini ya..




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Sabtu, 20 Disember 2014

~ SELAMAT DARI DITEBUK TULANG BELAKANG LEPAS AMBIL ALFALFA?? ~

Assalam.. 

Hari ni saya nak share 1 testimoni customer yang ambil Alfalfa Complex.. 

Alhamdulillah.. Kandungan darah merah beliau yang asalnya  terlalu tinggi dah kembali normal.. Kalau tidak, doktor nak ambil sample darah dari tulang belakang.. Tapi oleh kerana dah normal, tak jadi ambil..



Alfalfa ni memang bagus untuk darah.. Bagus untuk detox.. Bagus untuk singkir Asid Uric.. Bagus untuk singkir lemak.. Bagus untuk wanita.. Boleh baca tentang Alfalfa di sini..


*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 19 Disember 2014

~ 10 TAHUN 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'!! ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap je rasa.. Alhamdulillah, tanggal 14 Disember 2014 genaplah saya berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun.. Nak cerita sikit la tentang kerja saya ni..

Saya habis belajar hujung bulan Mei 2004.. Tapi sebelum kami habis belajar tu, sebenarnya kami telah DILAMAR oleh JPA untuk sign kontrak bekerja dengan kerajaan.. Alhamdulillah.. Percaturan Allah sungguh baik untuk hamba2nya.. Ketika saya masih lagi risau tak dapat kerja selepas belajar, Allah dah aturkan rezeki untuk kami..

Kenapa kontrak?? Sebab kami perlu mula kerja sehari selepas habis peperiksaan semester akhir!! Uishh.. Gila kot.. nak angkut barang keluar asrama lagi, nak carik rumah sewa lagi.. So kami sepakat untuk mintak extend 2 minggu.. Nasib baik JPA setuju.. hihih.. Kami ditawarkan kontrak sebab kami tak dapat result lagi.. Kalau terus tetap pastu kantoi exam kan dah susah tu.. Haaa.. bila dah dapat result baru la kami ditawarkan tetap..

So kami lapor diri 14 Jun 2004.. Menyewa di Flat Hijau (Apartment Putra Harmoni).. Kami serumah Saya, Izah, Watie, Iza dan Honey.. Tapi semua dah kahwin dan pindah rumah la kan..

15 Disember 2014, Isnin lepas sempatlah kami berjumpa semula.. Ala2 reunion dan gathering.. Tak bermaksud lepas pindah kami tak pernah jumpa.. Cuma kali ni tujuannya nak raikan sempena 10 tahun kami kerja.. Saya masih lagi setia dengan Jabatan saya sejak mula lapor diri dulu.. Bos pun baru sekali tukar.. Orang lain dah berkali-kali tukar bos.. hihihi..




Kami cuma bertiga yang dapat jumpa.. dari kiri Izah, Saya dan Watie.. Iza sekarang menetap dan kerja di Johor.. Honey pulak masa ni balik kampung.. So tak dapat join.. Maybe lain kali boleh jumpa lagi..

Baru 10 tahun.. Masih berbaki 30 TAHUN dalam perkhidmatan yang nak dihabiskan.. Fuhhhh... Berpeluh dahi.. hahaha.. Plan asal nak pencen awal.. Mungkin 5-10 tahun awal.. Kalau dapat pencen lagi 3-5 tahun pun lagi bagus kan.. Kita tengok dulu macam mana..


Rabu, 17 Disember 2014

~ NENEK 52 TAHUN STEADY KAYUH PADDLE BOAT!! ~

Assalam.. 

Awal bulan hari tu mak dan ayah saya datang.. Tapi dek kerana saya kerja sebab dah plan nak cuti hujung bulan ni, so tak dapatlah nak bawa mereka jalan2 sangat.. Lagi pun, ayah saya jenis tak suka sangat berjalan.. Kadang2 tu taknak ikut pun.. Rela duduk rumah jer.. Mak saya je ikut..

Lepas beberapa hari mak saya datang, Along pulak datang dgn kaklong dan anak mereka Aqilah.. Datang sekejap je.. Ada urusan.. So dapatlah bawak mereka pergi naik Paddle Boat dekat tasik Putrajaya..

Masa kayuh Paddle Boat tu saya cakap dengan Mak.. 

Saya : Tak payah la kayuh.. Nanti sakit kaki pulak.. 
Mak : Takpe.. balik nanti makanlah Ostematrix..
Saya : (tergelak).. Hahah

Haaa... tengok tu... Mak saya pun tau dah Ostematrix Shaklee ni memang berkesan.. Mak dah lama ambil Ostematrix ni.. Memang suplemen harian.. Sama la dengan saya.. Dah 3 tahun lebih makan Ostematrix.. Tak pernah jemu.. Sukaaaa sangat.. 


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 15 Disember 2014

~ HAPPY 8TH BIRTHDAY ABG SYAHMI!! ~

Assalam..

Alhamdulillah.. Hari ni Abang Syahmi dah 8 tahun.. Dah besar.. Tahun depan dah nak masuk Darjah 3.. Nak cerita sikit la tentang kelahiran Syahmi ni..


Sejak kahwin saya dan suami tinggal berjauhan.. Saya di Putrajaya dan suami di Lumut.. Suami balik 2 minggu sekali.. adakalanya sampai 1-2 bulan sekali bergantung kepada tugas pelayaran kerana ketika itu, suami bertugas di dalam kapal..

So sepanjang kehamilan saya hadapi sendiri.. Pergi check up, pergi beli barang, pergi keje, pergi sana sini semua sendiri.. Masa tu saya kerap kena cramp or kejang dari pinggang ke kaki.. Sakitnya hanya yang pernah alami je tau.. Memang tak boleh bergerak.. Sedih.. Sebab sorang-sorang.. (Masa tu tak kenal Shaklee lagi.. hihihi)

Pagi 15 Disember 2006, saya sedar jam 4.30am.. Tersedar sebab sakit perut.. Pergi toilet.. Tak nak pun membuang.. Lepas tu keluar bilik air.. Nak sambung tido tapi tak boleh sebab sakit datang lagi.. Pergi toilet lagi.. Tapi masih taknak membuang.. Cuma perasan ada tanda coklat2.. Terfikir juga.. Takkanlah tanda kot.. baru 37 minggu..

Sakit perut berulang2.. Memang tak boleh tidur dah.. Call hospital, mereka suruh datang.. So saya call kawan baik saya Watie minta dia temankan ke Hospital.. Saya mandi dan bersiap2 macam nak pergi keje tu.. Kemudian drive kereta ke Putrajaya ambil Watie.. Masa tu lebih kurang jam 6.00 pagi..

Jam 6.20 sampai rumah Watie dan terus ke Hospital Putrajaya.. Nak dijadikan cerita, saya tak tau mana Wad Bersalin.. Sebab belum survey.. Ingat nak survey minggu tu lah lepas hubby balik.. So saya park kereta di parking awam dan berjalan ke Kecemasan untuk tanya Wad Bersalin.. Nak ke Wad Bersalin tu kena naik tangga.. Hahah.. gagahlah naik dengan contraction tu..

Sampai Wad Bersalin jam 7.00 pagi.. Ketika tu hubby telefon.. Dia tanya dah nak bersalin ke?? Saya kata taklah.. Nak check jer.. Sebab masa tu saya sendiri tak tau lagi bersalin ke tak.. Hubby kebetulan pagi tu ada exam.. So dia masuk exam dia..

Kemudian saya daftar kat Wad Bersalin.. Kemudian check tekanan, check air kencing semua tu.. kemudian dalam jam 8.00 pagi doktor datang check bukaan dah 3cm.. So doktor pecahkan air ketuban.. Yang kelakarnya boleh tanya doktor tu..

Saya : "Saya bersalin hari ni ke doktor?" Hahah.. 
Doktor : "ye lah.. puan bersalin hari ni.. Bagi tau suami puan untuk daftar wad"
Saya : "Suami saya takde.. dia kat Lumut"
Doktor : "Habis tu puan datang dengan sape?"
Saya : "Saya datang dengan kawan"
Doktor : "Ok, nanti saya bagi tau kawan awak"

Watie yang tolong daftarkan wad.. Kemudian saya minta dia kembali ke pejabat dulu.. Kesian dia nak tunggu.. Belum tentu lagi saya bersalin bila.. Doktor pun dah call beritahu suami saya.. Thank you so much Watie..

Contraction semakin kerap.. Kemudian dalam jam 11.20 doktor check bukaan dah full.. Mereka buat persiapan.. Kemudian saya start meneran.. Waktu saya nak teran tu, waktu tu jugalah pinggang saya sakit.. Tak tahan rasa.. tapi kuatkan jugalah nak bagi baby keluar.. tak ingatlah bape kali teran.. tapi sekejap je.. 11.36 pagi lahirlah putera sulung.. Papa tak sempat sampai..  

Nama : MUHAMMAD HAZIQ SYAHMI BIN AZMAN
DOB : 15 DISEMBER 2006, JUMAAT, 11.36 AM
POB : HOSPITAL PUTRAJAYA

Papa sampai jam 1.30pm.. Dah selamat semuanya.. Dah nak pindah wad pun.. Hihihi..

Now dah 8 tahun berlalu.. Abang Syahmi dah besar.. Dah ada 2 adik pun.. Mama harap Abang Syahmi akan jadi seorang abang yang penyayang, menjadi contoh dan tauladan terbaik untuk adik2.. Semoga jadi anak yang Soleh, Beriman dan Bertaqwa kepada Allah, menuruti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.. Menjadi anak yang mendengar kata, Terpuji, Cerdik, Pandai, Mulia, Bijak, Berani sesuai dengan nama yang Mama dan Papa berikan.. InsyaAllah.. Amin..

Mama, Papa, Syafi dan Alisha sayang Abang Syahmi..



Terima kasih Atuk, Nenek, Paklong dan Maklong sebab tolong belikan kek dan KFC.. Nanti Mama dan Papa balik kita celebrate kat Legoland pulak yer..

Happy 2nd Birthday untuk Aqilah juga..

Jumaat, 12 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #5 ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Ada yang dah cuba buat beberapa Tips yang telah saya kongsikan sebelum ini?? Kalau masih belum, masih belum terlambat.. Saya pun sekarang sedang buat CABARAN 100 HARI bersama-sama 3 orang lagi kawan-kawan pejabat.. Seronok jika ada kawan sama-sama buat cabaran ini..

Seorang memilih Tips Kewangan 1
2 orang memilih Tips Kewangan 2
Dan saya memilih Tips Kewangan 3

Alhamdulillah..

Ok, sekarang nak share dengan anda Tips berikutnya..

Tips Kelima : Tabung-tabung




Tips ni memerlukan anda menyediakan beberapa tabung. Berapa jumlah sebenar adalah terpulang kepada anda sendiri.. Apakah contoh tabung yang boleh anda buat?? Antaranya ialah :

  • Tabung Kecemasan
  • Tabung Percutian
  • Tabung Persekolahan (untuk persediaan naik sekolah awal tahun)
  • Tabung Rumah (untuk deposit rumah)
  • Tabung Umrah/Haji
  • Tabung Perayaan (untuk persiapan Hari Raya)
  • Tabung Kereta (untuk Insurans/Road Tax/Service/Spare part)
  • Tabung Emas (untuk beli emas)

Itu cuma contoh sahaja.. Terpulang kepada anda yang nak menciptanya. Tujuannya di sini adalah untuk menggalakkan kita menyimpan dan berbelanja dengan lebih berhemah.

Bagaimana cara pembahagian?? Anda boleh tetapkan dengan pelbagai cara.. Sama ada dengan jumlah yang tepat atau tidak..

Contoh jumlah yang tepat adalah RM5 sehari untuk setiap tabung.. Atau boleh juga berbeza2.. Label nama tabung anda serta jumlah sumbangan harian.. Contohnya, Tabung Kecemasan RM5/day.. Tabung Perayaan RM3/day.. Tabung Percutian RM10/day dan sebagainya.. pastikan bersesuaian dengan gaji anda..

Saya pernah buat untuk Tabung Perayaan dan Tabung Zakat.. Tabung perayaan saya simpan baki hasil belanja seharian.. Sampai bulan puasa saya ada jumlah terkumpul melebihi RM1k untuk kegunaan saya membeli persiapan perayaan..

Tabung zakat pula.. Saya bayar zakat setahun sekali.. Jadi setiap bulan saya dah asingkan jumlah zakat yang saya perlu keluarkan setiap bulan.. So hujung tahun saya tiada masalah nak keluarkan amaun yang banyak sekaligus..

~ SELAMAT MENCUBA ~

Rabu, 10 Disember 2014

~ PROMOSI HEBAT, GEMPAK VITAMIN E, VITAMIN C DAN COLLAGEN POWDER ~

Assalam.. Selamat sejahtera..

Terlambat pula update promo bulan ni.. Tapi ada hikmah juga rupanya.. Dapat 3 Promo sekaligus bulan ni.. Baru je dapat SMS dari Shaklee.. Tambahan promo lagi satu.. Memang best sangat u all.. Bertambah best bila semua Vitamin tu berkaitan dengan kecantikan..  So sape2 yang nak cantik tu ni lah masanya nak borong kan..

Haaa.. ni la Vitamin2 promo tu..

VITAMIN E - BUY 6 FREE 1
VITAMIN C - BUY 6 FREE 1
COLLAGEN - BUY 3 FREE 1



Perrrggghhhh... Memang best giler..

Beli Vitamin E 1 set dapat harga promo
Beli Vitamin C 1 set dapat harga promo
Beli Collagen 1 set dapat harga promo

Beli kombinasi Set-set di atas??
SUPER DUPER PROMO la jawabnya..

Nak tau harga yang best tu?? Kena la hubungi saya kan..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Sabtu, 6 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #4 ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak berkongsi tips yang seterusnya..

Tips Keempat : Asingkan gaji ikut percen (%) 

Pic Credit
Caranya adalah asingkan siap2 berapa percen yang anda nak simpan setiap kali gaji.. Percen yang dicadangkan adalah sekitar 10% - 30%.. Lebih tinggi adalah lebih baik..

Contohnya anda pilih 10% dari gaji.. Maka jika gaji anda RM1,500 sebulan, anda perlu asingkan sebanyak RM150 setiap bulan..

Cara ini lebih mudah jika anda membuat potongan gaji.. Contohnya ke akaun Tabung Haji sepertimana yang saya telah buat selama ini.. Apabila ada peningkatan gaji, potongan juga boleh dikemaskini untuk tambah amaun yang hendak dipotong..

Sebab apa potongan gaji?? Sebab ia automatik ditolak sebelum anda dapat gaji.. So gaji yang anda terima itu adalah setelah ditolak simpanan.. So tak perlu fikir lagi.. Kalau nak tambah simpanan lagi digalakkan..

Sekiranya anda tak buat potongan gaji, adalah dinasihatkan untuk ketepikan awal2 seawal gaji masuk.. 

Amal SIMPAN DULU, BELANJA KEMUDIAN
Bukan BELANJA DULU, SIMPAN KEMUDIAN

Kenapa?? Kerana jika anda belanja dulu, potensi untuk menyimpan kelak adalah menurun.. Jika kita dah simpan dulu, kita boleh gunakan selebihnya tanpa perlu fikir untuk simpan lagi.. Tetapi jika kita belanja dulu, adakalanya kita berbelanja lebih dari perancangan..

Belum baca Tips lain?? Klik Tips Kewangan ini..

SELAMAT MENCUBA !!

Jumaat, 5 Disember 2014

~ BAHAN-BAHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) ~

TAHUKAH ANDA??

SCP (Shaklee Collagen Powder) mengandungi EKSTRAK PFAFFIA yang digelar sebagai GINSENG BRAZIL yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camelia Japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronik.  Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yg besar, asid hyaluronik memainkan peranan penting dalam MENGHIDRATKAN TISU BADAN dan MEMBUATKAN KULIT LEMBUT, LEMBAP dan RATA..

Bahan utama SCP merupakan sisik ikan merah laut dalam yang mana berupaya berenang sedalam 5000m dari aras laut. 

Kenapa pilih ikan merah laut dalam??



Ciri2 sisik ikan merah yang tahan tekanan tinggi dan mengalami pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan laut yang lain telah menjadi pilihan untuk dijadikan sumber premium kolagen dengan kadar penyerapan yang tinggi.. Itulah sebabnya.. dan molekul 1000Dalton paling kecil utk serapan optimum.. kalau kata ada 500Dalton paling kecil sebenarnya tak ada... 1000Dalton ialah saiz molekul yang paling stabil.



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 4 Disember 2014

~ DOS COENZYME Q-10 ~

Assalam..

Hari ni saya nak share DOS PENGAMBILAN Koenzim Q-10 (CoQ-10).  Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik..

  • Untuk masalah kekurangan Koenzim Q-10  : 150 mg setiap hari.
  • Untuk gangguan mitokondria (encephalomyopathies mitokondria) : 150-160 mg , atau 2 mg / kg / hari.  Dalam beberapa kes, dos boleh secara beransur-ansur meningkat kepada 3000 mg sehari (dengan nasihat pakar).
  • Kegagalan jantung di kalangan orang dewasa : 100 mg sehari dibahagi kepada 2 atau 3 dos .
  • Untuk mengurangkan risiko jantung pada masa depan di kalangan pesakit yang baru-baru mengalami infarksi miokardium : 120 mg setiap hari dalam 2 dos dibahagikan .
  • Untuk tekanan darah tinggi : 120-200 mg sehari dibahagi kepada 2 dos .
  • Untuk hipertensi sistolik terpencil : 60 mg dua kali sehari .
  • Untuk mencegah sakit kepala (migrain) : 100 mg tiga kali sehari. Dos 1-3 mg/kg juga telah digunakan dalam pesakit pediatrik dan remaja .
  • Untuk penyakit Parkinson : 300 mg, 600 mg, 1200 mg, dan 2400 mg sehari dalam 3-4 dos dibahagikan .
  • Untuk pesakit HIV/AIDS : 200 mg sehari .
  • Untuk kemandulan pada lelaki : 200-300 mg sehari .
  • Untuk distrofi otot : 100 mg sehari .


CoQ10 telah terbukti mampu:

~ Merangsang penghasilan tenaga jantung
~ Menyihatkan dan melindungi arteri daripada
    pengoksidaan LDL
~ Melancarkan peredaran darah
~ Membantu meningkatkan dan mengekalkan
    paras CoQ10 di dalam darah



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 3 Disember 2014

~ KENAPA KOLAGEN PENTING?? ~


Assalam dan Salam Sejahtera..

Kolagen merupakan serat protein yang dijumpai terutama dalam tisu penghubung yang terdapat di seluruh tisu badan.  Ia penting bagi mewujudkan dan mengekalkan rawan yang sihat, tulang dan tisu-tisu lain walaupun ia lebih dikenali untuk kegunaan kosmetik sebagai peremajaan kulit. Kolagen bekerja dengan komponen badan lain bagi menyediakan kerangka yang kuat dan fleksibel yang dapat menahan tekanan dan regangan dan menyembuhkan luka dengan menghubungkan kulit terkoyak.  Tubuh manusia mempunyai sekurang-kurangnya 16 jenis kolagen, tetapi jenis yang paling menonjol adalah I, II dan III.


Kesihatan Tulang


Tulang adalah tisu hidup dan berkembang yang terdiri daripada kolagen dan kalsium. Bermula sekitar usia 30 tahun, tubuh akan kehilangan jisim tulang lebih cepat daripada menghasilkannya. Disebabkan oleh perubahan hormon dan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan usia, tahap kolagen yang dihasilkan menurun juga. Osteoporosis berlaku apabila tulang dan mineral yang hilang terlalu cepat atau diganti terlalu perlahan, menyebabkan tulang rapuh dan lemah yang boleh pecah dengan mudah. Orang yang mempunyai jenis l kolagen mutasi genetik boleh mengalami osteoporosis kerana terlalu sedikit atau rendah kualiti kolagen dalam tulang mereka. Wanita lebih berisiko untuk osteoporosis bermula pada tahun-tahun awal menopaus, kerana tahap estrogen menurun.


Kesihatan Tulang rawan
 

Tulang rawan juga diperbuat daripada kebanyakannya kolagen, lebih fleksibel dan kurang tumpat daripada tulang dan masih tetap mempertahankan penampilan yang stabil. Ia terdapat di dalam hidung, telinga dan tekak dan pada sendi di seluruh badan. Pada sendi, tulang rawan menghalang tulang daripada bergesel terhadap satu sama lain, memudahkan pergerakan dan membantu dalam pembaikan. Kolagen tidak hanya membentuk tulang rawan.  Kajian mendapati kolagen juga boleh membantu menghubungkan tulang rawan semulajadi untuk tulang rawan yang direka dalam kes-kes di mana tulang rawan adalah rosak.

Kesihatan Kulit

Kulit manusia mengandungi 14 jenis kolagen, namun 80 peratus daripadanya adalah jenis I kolagen dan 15 peratus adalah jenis III. Jenis kolagen I menyokong kekuatan kulit, manakala jenis III melibatkan mengekalkan keanjalan.  Selepas mengikis atau memotong kulit, badan menghasilkan kolagen untuk menyambung semula tisu kulit dan membantu menyembuhkan luka. Ketika kolagen rosak akibat penuaan atau penyakit, kulit boleh nipis, kering, kedut dan menjadi rapuh. Ini menyebabkan kulit lebih mudah mengalami kecederaan.  Beberapa penyakit juga boleh mengganggu atau serangan kolagen dalam kulit dan tisu-tisu lain, seperti lupus eritematosus sistemik, artritis reumatoid dan scleroderma.


Anti-Penuaan Kesan Kolagen


Penuaan kulit ditandai dengan garis-garis halus, kelemahan dan isu-isu pigmen. Tanda-tanda usia adalah sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan dan kerosakan kolagen yang berkaitan dengan kerosakan kulit, umur atau penyakit. Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari boleh mempercepatkan atau memburukkan lagi tanda-tanda penuaan. Pelbagai rawatan menghasilkan kolagen termasuk krim, suntikan dan rawatan kulit laser. 






Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 2 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #3 ~

Assalam..

Dah baca Tips Pertama dan Tips Kedua??


Jom saya sambung tips berikutnya..

Tips Ketiga : Asingkan ikut percen (%)


Maksudnya anda pilih nak tetapkan berapa percen (%)? Contohnya 5%, 10%, 15%, 20% terpulang pada anda.. Biasanya 10-20% adalah jumlah yang sesuai..

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Sama macam tips sebelum ini.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Contohnya anda tetapkan 10%.. Setiap hari, sebelum tidur keluarkan 10% dari jumlah duit yang ada dalam wallet anda dan masukkan dalam tabung..

Katakan duit anda ada RM500 ketika itu.. maklumlah baru cucuk kan.. So asingkan 10% iaitu RM50 dan masukkan dalam tabung.. Kemudian esok pulak ada baki RM50 dalam wallet.. So keluarkan RM5 dan masukkan dalam tabung..

Haaa.. macam tu lah hari2 yang anda perlu lakukan sampailah tempoh masa yang anda tetapkan..

Menarik kan cara ni?? Anda pun tak dapat nak agak jumlah terkini duit anda sehinggalah tempoh masa yang telah ditetapkan..

Saya pernah buat juga kaedah ni.. hasilnya memang lumayan.. dalam beberapa bulan sahaja dah lebih RM1000..

~ SELAMAT MENCUBA !! ~