Sabtu, 29 November 2014

~ COENZYME Q-10 ~

Assalam.. Nak share sikit info tentang Koenzim Q-10 atau dikenali dengan CoQ-10 ini dengan anda semua..

Koenzim Q-10 (CoQ-10) adalah vitamin yang terdapat di seluruh badan, terutamanya di jantung, hati, buah pinggang dan pankreas . Ia didapati dalam jumlah yang kecil dalam daging dan makanan laut . Koenzim Q- 10 juga boleh dibuat di dalam makmal. Ia digunakan sebagai ubat.

Kebanyakkan orang menggunakan Koenzim Q-10 untuk merawat jantung dan keadaan saluran darah seperti kegagalan jantung kongestif (CHF), sakit dada (angina), tekanan darah tinggi, dan masalah jantung yang dikaitkan dengan ubat kanser tertentu.  Ia juga digunakan untuk penyakit kencing manis, penyakit gusi, kanser payudara, penyakit Huntington, penyakit Parkinson, distrofi otot, meningkatkan toleransi senaman, sindrom keletihan kronik (CFS), dan penyakit Lyme.  Sesetengahnya berfikir Koenzim Q-10 akan merawat keguguran rambut yang berkaitan dengan mengambil warfarin (Coumadin), ubat yang digunakan untuk melambatkan pembekuan darah .

Sesetengah orang juga berfikir Koenzim Q-10 membantu meningkatkan tenaga . Ini kerana Koenzim Q-10 mempunyai peranan dalam menghasilkan ATP (molekul dalam sel-sel badan yang berfungsi seperti bateri boleh dicas semula dalam pemindahan tenaga).  Koenzim Q-10 telah dicuba untuk merawat gangguan mitokondria yang ada/diwarisi yang menghadkan pengeluaran tenaga di dalam sel-sel tubuh, dan untuk meningkatkan prestasi senaman.

Sesetengah orang juga telah menggunakan Koenzim Q- 10 untuk mengukuhkan sistem imun penghidap HIV/AIDS, ketidaksuburan lelaki, migrain dan mengimbangi kesakitan otot kadang-kadang disebabkan oleh sekumpulan ubat kolesterol dipanggil "statin."

Oh ya, Shaklee ada produk yang mengandungi CoQ-10 ni..


CoQ10 telah terbukti mampu:

~ Merangsang penghasilan tenaga jantung
~ Menyihatkan dan melindungi arteri daripada
    pengoksidaan LDL
~ Melancarkan peredaran darah
~ Membantu meningkatkan dan mengekalkan
    paras CoQ10 di dalam darah



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 28 November 2014

~ TIPS KEWANGAN #2 ~

Assalam..

Jom saya sambung tips berikutnya.. Boleh baca Tips Pertama di sini..

Tips Kedua : Asingkan 'note' tertentu


Maksudnya pilih sama ada nak RM1 / RM5 / RM10 / RM20 untuk anda simpan setiap hari.. Note RM50 / RM100 tu mustahil la kan.. hihihi..

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Setiap hari, sebelum tidur keluarkan note pilihan anda dari wallet.. Jika anda pilih RM5.. so keluarkan semua note RM5 dan masukkan dalam tabung.. Sekiranya pada hari tersebut langsung tiada note RM5, tak mengapa.. Manakala kalau hari tersebut ada 6 note RM5, keluarkan dan masukkan kesemuanya di dalam tabung..

Cara ini agak menarik kerana kita tidak akan dapat menjangka jumlah terkini duit kita sehinggalah tempoh masa yang telah ditetapkan..

Saya pernah buat dengan note RM10.. dalam tempoh beberapa bulan, hasil simpanan saya melebihi RM1000..

~ SELAMAT MENCUBA !! ~

Khamis, 27 November 2014

~DAFTAR SHAKLEE FREE??~

Assalam.. Salam sejahtera..

Nak tak saya cadangkan macam mana nak Daftar Shaklee Free?? Mungkin masih ramai yang tak tahu kan??

Ok, saya ada beberapa pilihan untuk anda..





Sebenarnya tidak terhad kepada set-set kat atas ni je.. Tak kisah kalau anda ada vitamin pilihan sendiri.. Asalkan pembelian anda melebihi 200UV (RM650+-), anda layak untuk dapat membership secara percuma!!


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 26 November 2014

~ TIPS KEWANGAN #1 ~

Assalam..

Nak share dengan anda beberapa tips kewangan yang saya sendiri amalkan.. Alhamdulillah, saya memang seorang yang mampu uruskan kewangan saya dengan baik.. Tak pernah tak cukup duit sampai ikat perut.. Masih berbaki gaji yang lepas sebelum gaji berikutnya masuk.. 

Yang paling biasa saya buat dan kawan-kawan pun dah tahu, keluarkan duit gaji bulan lepas sehari sebelum gaji bulan ni.. maksudnya, katakan bulan ni bulan 11.. Hari esok gaji, so hari ni saya baru nak keluarkan gaji bulan 10.. Haaa.. macam tu lah kiranya..

Nak kata gaji saya banyak?? Tak sebenarnya.. sebab awal2 kerja gaji saya hanya RM700-RM800 je sebulan.. Kerja kat Putrajaya.. Tapi duit tu cukup untuk sewa rumah, bil api/air/tel, tambang, duit makan, bagi mak, kos balik kampung dan menyimpan dengan tetap setiap bulan..

18 bulan saya kerja dengan gaji banyak tu tapi saya boleh menyimpan sehingga RM6000++.. Jom saya share..

Tips Pertama : Asingkan 'note' mengikut nilai tertentu


     

Maksudnya pilih sama ada nak RM1 / RM5 / RM10 / RM20 untuk anda simpan setiap hari.. 

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Contohnya anda memilih RM10 sehari. Maka setiap hari ambil RM10 dan simpan di dalam tabung.. Setiap hari wajib simpan RM10..

Cara ini kita dah boleh agak jumlah yang bakal tersimpan.. contohnya jika kita pilih 100 hari, jadi jumlah simpanan kita kelak adalah RM1000.. 

Tapi tak mengapa.. yang penting istiqomah.. Kalau nak keluarkan terus RM300 sebulan mungkin nampak berat  bagi sesetengah orang kan?? Tapi kalau nak asingkan RM10 sehari mungkin agak mudah kot.. Semudahnya orang lelaki keluarkan RM10 untuk beli rokok.. Tak gitu?? Hihihi

Cuba isteri minta RM300 nak beli handbag?? Mesti payah kan.. Walau nilainya antara beli rokok hari2 dengan beli handbag sekali tu sama, tetapi mind set kita ni bila tengok nilai besar cepat menolak..


Cukup tempoh masa tu, boleh la simpan duit tu dalam bank pulak.. Atau beli emas ke.. Yang penting untuk simpanan jangka masa panjang.. Untuk masa hadapan.. Asalkan jangan buat shopping sudahlah.. Rasa tak berbaloi pulak menyimpan.. yer tak??

**Nantikan Tips Kewangan berikutnya di lain entry..


~ SELAMAT MENCUBA !! ~

Selasa, 25 November 2014

~ BAYI MENYEMBUR?? ~

Assalam..

Biasa dengar tak?? Bila bayi mula menyembur, mesti rambut mak akan gugur??

Betul ke?? Kenapa ya?? 

MITOS je tu..

Sebenarnya, badan ibu tu kekurangan Zinc yang merupakan komponen penting beberapa enzim dalam badan yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA dan lain-lain..

Sebab apa?? Sebab, semasa hamil dan berpantang, Zinc banyak digunakan oleh tubuh untuk perkembangan bayi dan proses penyembuhan luka selepas bersalin.. Jadi si ibu perlulah mendapatkan Zinc yang mencukupi untuk dirinya..

So, janganlah salahkan bayi anda kalau dia menyembur dan KEBETULAN rambut anda gugur.. hihihi.. Ia adalah salah satu perkembangan bayi untuk belajar menggunakan mulut, bibir dan lidah untuk membentuk bunyi baru..

Oh ya..

Pengalaman saya sendiri, selepas bersalin anak kedua, Syafi dulu saya memang ada masalah rambut gugur yang teruk.. dah gaya macam sakit leukimia atau lepas kemo kanser gamaknya.. tak perlu sikat, usap guna jari pun dah segumpal rambut... Stresss...

Lepas tu saya mula ambil Zinc Complex.. Alhamdulillah selepas KONSISTEN beberapa minggu, masalah keguguran rambut saya BERJAYA DISELESAIKAN..


Jom baca kisah seterusnya di Baru perasan yang rambut tak gugur

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 24 November 2014

~ PEPPERMINT-GINGER ~


Segar dan Melegakan

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

* Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet *

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Ahad, 23 November 2014

~ MASALAH KESUBURAN WANITA ~

Assalam.. Salam sejahtera..

Hari tu saya ada share tentang Faktor2 Yang Mempengaruhi Kesuburan dan Masalah Kesuburan Lelaki.. Kali ni saya nak share tentang Masalah Kesuburan Wanita pula.. Antaranya ialah :



1.     Ovulasi Tidak Teratur


Hal ini terjadi mungkin disebabkan beberapa faktor iaitu :
  • Polycystic Ovary Syndrom (PCOS)
  • Masalah Thyroid
  • Premature Ovarian Failure


2.     Rahim & Tiub Fallopian


Antara faktor2 berkaitan Rahim & Tiub Fallopian ialah:
  • Kanser Pangkal Rahim
  • Endometriosis
  • Blockage (Tiub tersumbat)
  • Fibroids
  • Infection (Jangkitan)

Bagi pasangan yang telah setahun dan ke atas mendirikan rumahtangga dan masih belum ada tanda-tanda hamil, anda berdua disarankan untuk bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Jika doktor mengesahkan bahawa anda berdua normal dan tiada apa-apa masalah, maka berusahalah untuk mengambil langkah lain seperti melancong, bercuti untuk tenangkan fikiran, mengambil makanan tambahan, berurut, membuat jadual waktu subur dengan monitor kitaran haid, berdoa dan bertawakal.. InsyaAllah..

Sabtu, 22 November 2014

~ COQHEALTH PLUS ~


CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.

CoQ10 telah terbukti mampu:

  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 20 November 2014

~ CAROTOMAX ~


Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat

Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!

Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.

  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa


* Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet *

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 19 November 2014

PETUA HILANGKAN BATUK!!

Assalam.. Selamat sejahtera..

Hari ni nak cerita tentang minyak ikan terbaik yang menjalani 3 peringkat penyulingan iaitu Omega Guard Shaklee..

Omega ni salah satu vitamin kesukaan saya.. Bila saya diserang batuk, saya dah tak carik ubat batuk tau.. Saya lebih suka ambil Omega Guard.. Alhamdulillah.. sangat berkesan ke atas saya.. dapat tidur lena.. Kalau tak, mesti tak boleh tidur.. asyik terbatuk2.. lepas tu mula la berlari kejar bilik air..

Tu baru salah 1 fungsi yang saya suka.. Cuba lihat kat bawah ni.. ada 20 lagi sebab lain yang saya pasti anda juga akan turut jatuh cinta.. hihihi



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 18 November 2014

~ CINCH SHAKE MIX ~


Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.

  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian


Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
  • Bebas Laktos
  • Rendah glisemik
  • Soya Bukan-GMO 


Terdapat 3 perisa iaitu :

1) Vanilla
2) Chocolate
3) Cafe Latte


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 17 November 2014

~ PAP SMEAR ~

Pertengahan Ogos yang lalu sempatlah saya buat Pap Smear yang ketiga.. Sebenarnya datang bawa Syahmi check mata.. Kemudian saje tanya kaunter kalau bilik nurse kosong.. Petugas kaunter kata ada sorang je que.. Kira2 balik memang waktu sesuai dan lepas semua syarat2 nak buat ujian, so daftar la..

Sekejap je nak buat ni.. dari proses daftar sampai siap prosedur tu dalam masa lebih kurang setengah jam jer.. keputusan akan diterima sebulan kemudian.. Kalau semua ok, mereka akan pos result tu.. Kalau ada apa2 masalah, mereka akan hubungi kita.. So far, keputusan dah dapat dan Alhamdulillah semua ok..

Ok, meh nak cerita sikit tentang Pap Smear ni.. Untuk panduan anda semua..


Apakah itu ujian Pap Smear?
  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
  • Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
  • Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.



Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.


Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?


  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :

  1. Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  2. Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  3. Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :

  1. Rawatan susulan
  2. Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  3. Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.

Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
Ministry of Health, 2002. Annual Report
Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer


Ahad, 16 November 2014

~ 8 TIPS PILIH KOLAGEN TERBAIK ~

~ TIPS PILIH KOLAGEN TERBAIK ~

1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan.

2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi kesan lebih cepat.

3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.

4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.

5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)

7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8. Pastikan ia selamat dan tidak bertoxin.

Sabtu, 15 November 2014

~ TAK SUKA MINUM SUSU?? MACAM MANA NAK CUKUP KALSIUM?? ~


Ada sesetengah orang tak boleh atau tak suka minum susu kan?? Habis tu mcm mana nak dpt kalsium mencukupi? Dari pemakanan?? Boleh... 

Tapi.... cukup ke 1000mg sehari??? heheh.. Takpe2.. meh ambil Ostematrix Shaklee..


1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium tau..

Harga?? 50 sen je sebiji.. aduhai.. murah sgt dah tu.. 


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 14 November 2014

~KOLESTEROL MEMBUNUH? KAWAL SEKARANG !! ~

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolesterol penyebab serangan jantung !!

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.


~ INFO RINGKAS ~

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari..

Tapi kan, roti canai sekeping je dah 175mg kolesterol !!! Kalau mkn 2 keping, dah 350mg.. over 300mg !!! Mcm mana tu??

Tak hairanlah kan kalau 6 JUTA rakyat Malaysia ada masalah tinggi kolesterol..

Syukur Shaklee dah launch produk baru khas utk masalah kolesterol ni.. 

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan,
Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**